Sunday 9 October 2016

Penyebaran Fitnah

Bercerita tentang keburukan atau membuka aib orang lain disebut mengumpat jika ianya benar dan disebut fitnah jika tidak benar. Dasawarsa ini, penyebaran fitnah mudah berlaku oleh kerana adanya medium-medium seperti Facebook, Blog, Twitter,Whatsapp dan sebagainya yang membolehkan fitnah tersebar lebih cepat dan dalam skala yang lebih besar.Medium-medium tersebut adalah medial social,laman web, sistem pesanan ringkas dan sebagainya.Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan disalahgunakan untuk penyebaran fitnah.
          Penyebaran fitnah secara besar-besaran ini turut membabitkan pelbagai pihak yang tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya.Akan tetapi, amalan menyebar fitnah ini sudah memjadi satu kebiasaan membuatkan ramai yang melibatkan diri kerana mereka merasakan kepuasan daripada perbuatan tersebut.Hal ini kerana dengan penyebarkan fitnah, mereka dapat menonjolkan diri meraka adalah lebih baik berbanding mereka yang difitnah sekaligus melahirkan sifat bongkak dalam diri mereka.
          Perbuatan fitnah didorong oleh sifat tidak berpuas hati dan cemburu pada seseorang atau kumpulan. Hal ini kerana mereka berasa tercabar dengan pencapaian orang lain.Fitnah juga boleh terjadi apabila ingin melepaskan diri dari sesuatu keadaan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas pada mereka yang tidak tahu-menahu tentang hal yang sebenar.
          Oleh itu, sebagai seorang muslim kita diwajibkan menghalusi atau menyiasat terlebih dahulu kebenaran setiap berita yang diterima supaya tidak terlibat dalam penyebaran fitnah tanpa sedar.Hal ini memerlukan kebijaksanaan dan kewarasan fikiran bagi memastikan diri tidak terpedaya dan terlibat dalam kancah fitnah kerana sesungguhnya dosa memfitnah lebih buruk daripada membunuh.

Firman Allah bermaksud : “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada mu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk mementukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu sesali perkara yang kamu lakukan”(Surah al-Hujurat,ayat 6)

1 comment: