Sunday 9 October 2016

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem

Pada masa kini saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar hal duniawi. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang itu tidak boleh terlalu leka. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahu pun seram. Hal ini merupakan suatu fenomena yang positif bagi penggiat seni perfileman terutamanya yang menghasilkan filem berbentuk seram. Justeru filem berunsur seram kini mendapat perhatian ramai penonton. Keadaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dan seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada di antaranya yang memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakan yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.  Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap penonton menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, 

No comments:

Post a Comment