Tentang Kami

Sunday 9 October 2016

Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem

Pada masa kini saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar hal duniawi. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang itu tidak boleh terlalu leka. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahu pun seram. Hal ini merupakan suatu fenomena yang positif bagi penggiat seni perfileman terutamanya yang menghasilkan filem berbentuk seram. Justeru filem berunsur seram kini mendapat perhatian ramai penonton. Keadaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dan seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada di antaranya yang memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakan yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantu-hantu rekaan tersebut melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat berkesan daripada para pelakon pula telah menambahkan kakuatan terhadap kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.  Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap penonton menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, 

Kesantunan Bahasa

            Masyarakat  kita  sedang  menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah  lagi  komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian  sejumlah  anggota
masyarakat  pelbagai  lapisan terhadap  bahasa  sebagai  unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh  tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan  ketika  membentangkan  kertas utama yang bertajuk Melestarikan  Bahasa  Melayu dalam  Komunikasi  dalam  Seminar  Kesantunan  Berbahasa Peringkat  Kebangsaan  pada  28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.  
           Tegas  beliau,  “krisis  pembudayaan  bahasa  Melayu  dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu  sebagai  bahasa  rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan  tentang mutu penggunaan  bahasa  Melayu  dalam  pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat  awam.  Pelestarian  bahasa  Melayu  dari sudut  taraf  dan fungsinya  serta  penggunaannya penting  untuk  menyuburkan amalan komunikasi  yang  baik dan  berkesan,  sekali  gus  dapat  mengangkat  martabat  bahasa Melayu  sebagai  bahasa  tonggak tamadun bangsa.”  
           Seminar  anjuran  Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa  dan  Pustaka  Wilayah Timur  dan  Kerajaan  Negeri  Terengganu  ini  bertujuan  untuk menghayati  dan  menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi  kepincangan  aspek penghayatan nilai serta adab kesopanan  dan  kesantunan  berbahasa  yang  semakin  diabaikan dalam  kalangan  masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat  baharu  kepada  para ilmuwan  dan  pentadbir  sekolah agar  dapat  menerapkan  aspek kesantunan  berbahasa  dalam Pengajaran  dan  Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa  Melayu  sebagai  bahasa rasmi,  bahasa  komunikasi  dan bahasa perpaduan.
          Seminar  yang  dihadiri  oleh 200  orang  peserta  yang  terdiri daripada  pensyarah,  pegawai kerajaan,  guru,  bakal  pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah  Institut  Perguruan Sultan  Mizan,  Tuan  Haji  Nik Arif  Raja  Yusof.  Dalam  ucapan  perasmiannya,  beliau  menegaskan  bahawa  “penerapan kesantunan  dan  budi  bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti  dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar  seminar  ini  dapat  menyemarakkan  rasa  cinta  terhadap bahasa  kebangsaan,  mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta agar terus menjadikan budaya santun  berbahasa  sebagai  amalan.”
          Seminar  ini  berjaya  menarik tumpuan  peserta  melalui  pembentangan  kertas  kerja  oleh tokoh-tokoh  tersohor  seperti Bapak  H.  Tenas  Affendi  dengan tajuk  kertas  kerja  Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Sosial. Dalam  kertas  kerjanya  beliau mengajak  peserta  menghayati nilai-nilai  kesantunan  yang  terkandung dalam pantun dan  ungkapan  adat  Melayu.  Di  samping Bapak  H.  Tenas  Affendi,  turut membentangkan  kertas  kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz Deraman,  Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (UPM),  Tuan Haji  Mohd  Samsudin  Mahmod dan  Dr.  Robiah  Kulop  Hamzah (Institut  Perguruan  Bahasa Melayu Malaysia).
          Rumusan  yang  dicapai  daripada pembentangan enam kertas kerja  dalam  seminar  ini  ialah kesantunan  berbahasa  dalam komunikasi  perlu  dipupuk  dari semasa  ke  semasa  agar  dapat melahirkan  masyarakat  atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi  demi  kepentingan agama, bangsa dan negara


Hiburan Melampau

Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Perkara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia. Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para Ilmuan telah mengharuskan hiburan dengan hujah dan dalil mereka yang tersendiri dengan meletakkan syarat yang cukup terperinci dan ketat. Terdapat juga sebilangan para ilmuan mengambil tindakan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan beserta hujah dan dalil yang tersendiri.
Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan yang melampau, hiburan sepanjang hari siang dan malam tanpa ada batasan sudah tentu akan melupakan anak-anak muda kita terhadap tanggungjawap mereka kepada agama serta akan menjahilkan mereka dengan ilmu agama. Apabila ini berlaku maka mereka tidak akan lagi mempedulikan apa yang agama suruh dan apa yang agama larang, tidak memperdulikan dosa dan pahala, halal dan haram. Bagi mereka hidup hanya sekali, dan inilah masanya untuk mereka berseronok dan bersukaria tanpa mereka sedar bahawa kematian akan datang menjemput pada bila-bila masa tanpa mempedulikan usia muda mereka. Apabila ini berlaku, maka berjayalah perancangan musuh terhadap kita semua.

Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan hiburan yang melalaikan ini telah diperingatkan oleh Allah s.w.t beberapa kali dalam al-Quran, di antaranya ialah:
Yang bermaksud : Kehidupan dunia ini hanyalah mainan dan  keseronokan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik daripada dunia bagi mereka yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?.
Maksiat perbuatan peribadi? Sebenarnya memang betul maksiat dan apa juga perbuatan jahat adalah perbuatan peribadi seseorang dan dialah yang bertanggungjawab ke atas dosa dan hukuman yang mungkin dikenakan di dunia dan akhirat. Tetapi ini bukan bererti seseorang itu bebas secara mutlak dalam melakukan kejahatan peribadi kecuali jika dia melakukannya secara tersembunyi tanpa pengetahuan orang dan tidak memudaratkan masyarakat. Jika dalam keadaan begini seseorang itu melakukan kejahatan, dia dianggap bebas untuk melakukannya. Dari segi hukum agama pun dia dianggap terlepas daripada hukuman di dunia. Bagaimanapun, di pihak lain dia tidak bebas daripada dosa dan hukuman di akhirat terhadap perbuatan jahatnya kecuali jika bertaubat dan melakukan banyak kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Taubat dianggap pembersih dan kebajikan dianggap penghapus dosa seseorang.
Kita dengan jelas melihat pada hari ini golongan muda-mudi yang bakal menerajui negara suatu hari nanti semakin hanyut diulik dengan hiburan-hiburan yang melalaikan sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap diri  dan agama. Mereka terus menjadi mangsa perancangan musuh-musuh Islam yang mahu melihat generasi muda Islam tidak lagi berupaya membangunkan agama mereka. Bayangkan apakah nasib agama dan negara kita suatu hari nanti seandainya kepimpinan Negara kita diterajui oleh mereka yang jahil agama serta. Sudah tentulah Negara kita akan diterajui dalam keadaan hura-hara dan penuh dengan berbagai masalah serta tidak ada keberkatan dari Allah s.w.t.

Di kesempatan yang masih ada ini, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada demi masa depan agama, bangsa dan tanah air kita. Berpadalah dalam hiburan dan sekadar perlu sahaja. Didiklah anak-anak dengan peraturan agama, dan ajarlah mereka agar tidak mengabaikan tanggungjawap mereka sebagai khalifah dan juga pemegang amanah Allah di atas muka bumi ini. Bimbinglah dan dampingilah mereka dengan kasih sayang serta bertolak-ansurlah dalam perkara-perkara yang diharuskan, tetapi bertegaslah dalam perkara-perkara yang diharamkan. Semoga segala usaha dan amal yang kita lakukan akan sentiasa diberkati, di samping itu berdoalah semoga kita dimasukkan ke dalam golongan mukmin yang sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t dengan beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.


Penyebaran Fitnah

Bercerita tentang keburukan atau membuka aib orang lain disebut mengumpat jika ianya benar dan disebut fitnah jika tidak benar. Dasawarsa ini, penyebaran fitnah mudah berlaku oleh kerana adanya medium-medium seperti Facebook, Blog, Twitter,Whatsapp dan sebagainya yang membolehkan fitnah tersebar lebih cepat dan dalam skala yang lebih besar.Medium-medium tersebut adalah medial social,laman web, sistem pesanan ringkas dan sebagainya.Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan disalahgunakan untuk penyebaran fitnah.
          Penyebaran fitnah secara besar-besaran ini turut membabitkan pelbagai pihak yang tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya.Akan tetapi, amalan menyebar fitnah ini sudah memjadi satu kebiasaan membuatkan ramai yang melibatkan diri kerana mereka merasakan kepuasan daripada perbuatan tersebut.Hal ini kerana dengan penyebarkan fitnah, mereka dapat menonjolkan diri meraka adalah lebih baik berbanding mereka yang difitnah sekaligus melahirkan sifat bongkak dalam diri mereka.
          Perbuatan fitnah didorong oleh sifat tidak berpuas hati dan cemburu pada seseorang atau kumpulan. Hal ini kerana mereka berasa tercabar dengan pencapaian orang lain.Fitnah juga boleh terjadi apabila ingin melepaskan diri dari sesuatu keadaan dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas pada mereka yang tidak tahu-menahu tentang hal yang sebenar.
          Oleh itu, sebagai seorang muslim kita diwajibkan menghalusi atau menyiasat terlebih dahulu kebenaran setiap berita yang diterima supaya tidak terlibat dalam penyebaran fitnah tanpa sedar.Hal ini memerlukan kebijaksanaan dan kewarasan fikiran bagi memastikan diri tidak terpedaya dan terlibat dalam kancah fitnah kerana sesungguhnya dosa memfitnah lebih buruk daripada membunuh.

Firman Allah bermaksud : “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada mu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk mementukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu sesali perkara yang kamu lakukan”(Surah al-Hujurat,ayat 6)

Isu Isu Kontemporari

isu isu kontemporari ini merupakan isu isu yang sedang panas ataupun viral.Hal ini kerna wujudnya medium ataupun media sosial yang dapat membesarkan sesuatu berita atau khabar angin dengan begitu pantas dan laju dapat diketahui oleh segenap masyarakat di Malaysia.

Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan isu isu Kontemporari ini:

1.   Penyebaran Fitnah
2.   Hiburan Melampau
3.   Kesantunan Bahasa
4.   Unsur-unsur Khurafat Dalam Filem

Integrasi Budaya Dalam Perayaan

Malaysia berasal dari kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di kawasan yang, dari abad ke-18, menjadi tertakluk kepada Empayar British. Wilayah-wilayah British yang pertama telah dikenali sebagai Negeri-negeri Selat, yang penubuhan diikuti oleh kerajaan-kerajaan Melayu menjadi negeri naungan British. Wilayah-wilayah di Semenanjung Malaysia telah mula bersatu sebagai Malayan Union pada tahun 1946. Malaya telah disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Malaya bersatu dengan Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. Kurang daripada dua tahun kemudian pada tahun 1965, Singapura dikeluarkan dari Persekutuan.Oleh itu, Malaysia kini terdapat pelbagai agama dan budaya yang tersendiri.Seperti Agama Islam , Agama Buddha , Agama Hindu , Agama Kristian
Agama Islam
Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera.Selain itu, agama Islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad.Tambahan pula , agama Islam berpuasa di bulan Ramadan dan orang Islam tidak memakan khinzir dan anjing.
Agama Buddha
Agama Buddha dianuti oleh majoriti kaum Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula selepas kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'.
Agama Hindu
Agama Hindu dianuti oleh majoriti kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat hindu  merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu , masyarakat hindu mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selepas itu , mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
Agama Kristian
Kebanyakkan masyarakat agama Kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.

Dengan ini , Malaysia juga banyak perayaan yang ada di bumi Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi.Semua sambutan menandakan semeraknya nilai kemaufakatan,perpaduan dan keharmonian.
 Perang di alam maya sewaktu perayaan sewajarnya dijadikan pengajaran kepada yang sudah lama berkecimpung dalam politik. Emosi warga adalah ke atas mood perayaan dan ia boleh mengganggu kepercayaan ke atas sesetengah dari mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk meneruskan tradisi kebencian sesama ummah dan dalam kalangan masyarakat secara umum.
Perayaan adalah salah satu penampilan simbolik bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan perpaduan. Kewajaran menjadikan perayaan sebagai alat integrasi boleh diperkukuhkan secara berterusan untuk memobilisasi sokongan agar perpaduan sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan amalan ini tidak menjadi propaganda politik oleh pemimpin yang tidak tahu hormati nilai-nilai perkongsian bersama.




Batas-batas Pergaulan

Sebenarnya pertemuan antara lelaki dan perempuan tidak haram, melainkan jaiz. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan imu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan. Namun, kebolehan itu tidak bererti bahawa batas-batas di antara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syar-iyah yang baku dilupakan. Kita tidak perlu menganggap diri kita sebagai malaikat yang suci yang dikhawatirkan melakukan pelanggaran, dan kita pun tidak perlu memindahkan budaya Barat kepada kita.

Batas utama untuk menghapuskan pergaulan secara bebas ialah menahan pandangan dari kedua belah pihak maksudnya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan mengetahui apa yang mereka perbuat.` Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.

Batas seterusnya yang perlu diaplikasikan untuk menjaga maruah negara, maruah bangsa, mengekalkan kesejahteraan negara dan lain-lain lagi ialah pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntunkan syara. Iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang nipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.Dengan pakaian tersebut, dapat dibezakan antara wanita yang baik-baik dengan wanita nakal. Terhadap wanita yang baik-baik, tidak ada laki-laki yang suka mengganggunya, sebab pakaian dan kesopanannya mengharuskan setiap orang yang melihatnya untuk menghormatinya.

Batas terakhir ialah Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala hal, terutama dalam pergaulannya dengan laki-laki sepertinya wanita harus menghindari perkataan yang merayu dan membangkitkan rangsangan. ` Dalam berjalan, jangan memancing pandangan orang. Pergerakan atau perjalanan biarlah jangan berlenggak-lenggok, seperti yang disebut dalam hadits.
`

Tuntasnya, kita tahu bahawa semua bahagian tubuh yang tidak boleh dinampakkan, adalah aurat. Oleh kerana itu dia harus menutupinya dan haram dibuka. Aurat perempuan dalam hubungannya dengan laki-laki lain atau perempuan yang tidak seagama, iaitu seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Demikian menurut pendapat yang lebih kuat kerana dibolehkannya membuka kedua anggota tersebut adalah kerana ada suatu kepentingan untuk bekerja, mengambil dan memberi.

Konsep Kejiranan

Hubungan kejiranan adalah satu konsep yang sungguh penting untuk melahirkan masyarakat supaya negara sentiasa aman dan sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna.

Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu-membantu antara jiran.

Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna dan berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Kajian Salmi (2006) pula menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu untuk meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan social masyarakat. Hubungan juga mampu meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk.

Hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan yang baik boleh menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Masyarakat yang bersatu padu boleh membentuk perpaduan dalam suatu komuniti. Oleh itu, sikap toleransi serta kerjasama antara ahli masyarakat boleh menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan hidup penduduk dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.


Kesedaran seseorang individu untuk menjadi yang sejati dan insan yang berguna. Kejiranan yang harmoni akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini. Kerjasama yang dilakukan ketika melakukan aktiviti kenduri secara bersama telah memperlihatkan bagaimana hubungan kekeluargaan dan kejiranan begitu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

Konsep Persaudaraan

Hubungan persaudaraan merupakan satu konsep yang menyatukan umat manusia dalam sesebuah komuniti . Ia juga boleh dianggap sebagai perkara yang boleh menjamin kemakmuran hidup dalam sesebuah masyarakat, terutama sekali kehidupan di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa, budak dan kaum. Terdapat 3 konsep persaudaraan di dalam islam

Pertama, Ukhwah Islamiyah ( Saudara Sesama orang islam)


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ"
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".

Dari keterangan maksud ayat di atas, dapat diterjemahkan bahawa setiap orang muslim yang beriman kepada Allah ada saudara. Oleh itu, semua umat islam di muka bumi sepatutnya tidak memusuhi sesama sendiri.

Kedua, Ukhwah Wathoniyah ( Saudara sesama negara )
 لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Dari ayat diatas, boleh kita fahami bahawa, sebagai umat yang beragama, kita juga mempunyai bangsa dan negara tertentu. Oleh itu, sudah pasti kita tidak akan terlepas bergaul dengan orang yang lain agamanya, lain bangsanya dan mempunyai pelbagai-bagai aneka ragam. Perkara ini boleh dilihat di Malaysia dimana terdiri dari bermacam-macam suku kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, kita mestilah hidup sebaik-baiknya walaupun berbeza agama.

Ketiga, Ukhwah Basyariyah ( Saudara sesama manusia )


Dari keterangan ayat diatas dapat diketahui bahawa Allah menciptakan manusia berbagai suku dan bangsa semua mengenali satu sama lain. Kita juga tidak digalakkan bermusuhan antara satu lain kerana ia dapat merosakkan kehidupan bermasyarakat.

Akhir sekali, konsep persaudaraan sangat penting dalam memastikan kehidupan individu, masyarakat mahupun negara hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Biarpun berbeza fahaman,tpi janganlah kita bermusukan sesama sendiri kerana perkara ini sungguh dibenci Allah. 

Konsep hubungan Antara Sesama Manusia.


Hubungan Manusia dengan Sesama ManusiaPrinsip dasar ajaran Islam tentang hubungan manusia dengan manusia adalah tolong-menolong dalam kebaikan dan bukan tolong-menolong dalam keburukan.

Terdapat beberapa isu dapat dikaitkan dengan Konsep ini:

1.   Konsep Persaudaraan
2.   Konsep Kejiranan
3.   Batas-batas Pergaulan
4.   Integrasi Budaya Dalam Perayaan 

Rotating X-Steel Pointer