Sunday 9 October 2016

Konsep Kejiranan

Hubungan kejiranan adalah satu konsep yang sungguh penting untuk melahirkan masyarakat supaya negara sentiasa aman dan sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna.

Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu-membantu antara jiran.

Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna dan berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Kajian Salmi (2006) pula menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu untuk meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan social masyarakat. Hubungan juga mampu meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk.

Hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan yang baik boleh menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Masyarakat yang bersatu padu boleh membentuk perpaduan dalam suatu komuniti. Oleh itu, sikap toleransi serta kerjasama antara ahli masyarakat boleh menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan hidup penduduk dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.


Kesedaran seseorang individu untuk menjadi yang sejati dan insan yang berguna. Kejiranan yang harmoni akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini. Kerjasama yang dilakukan ketika melakukan aktiviti kenduri secara bersama telah memperlihatkan bagaimana hubungan kekeluargaan dan kejiranan begitu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment