Hubungan persaudaraan merupakan satu konsep yang
menyatukan umat manusia dalam sesebuah komuniti . Ia juga boleh dianggap
sebagai perkara yang boleh menjamin kemakmuran hidup dalam sesebuah masyarakat,
terutama sekali kehidupan di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan negara
yang mempunyai berbilang bangsa, budak dan kaum. Terdapat 3 konsep persaudaraan
di dalam islam
Pertama, Ukhwah Islamiyah ( Saudara Sesama orang
islam)
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ"
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah
terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".
Dari keterangan maksud ayat di atas, dapat
diterjemahkan bahawa setiap orang muslim yang beriman kepada Allah ada saudara.
Oleh itu, semua umat islam di muka bumi sepatutnya tidak memusuhi sesama
sendiri.
Kedua, Ukhwah Wathoniyah ( Saudara sesama negara )
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ
عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ
أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
"“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
Dari ayat diatas, boleh
kita fahami bahawa, sebagai umat yang beragama, kita juga mempunyai bangsa dan
negara tertentu. Oleh itu, sudah pasti kita tidak akan terlepas bergaul dengan
orang yang lain agamanya, lain bangsanya dan mempunyai pelbagai-bagai aneka
ragam. Perkara ini boleh dilihat di Malaysia dimana terdiri dari bermacam-macam
suku kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, kita mestilah hidup sebaik-baiknya
walaupun berbeza agama.
Ketiga, Ukhwah Basyariyah
( Saudara sesama manusia )
Dari keterangan ayat diatas dapat diketahui bahawa Allah menciptakan
manusia berbagai suku dan bangsa semua mengenali satu sama lain. Kita juga
tidak digalakkan bermusuhan antara satu lain kerana ia dapat merosakkan
kehidupan bermasyarakat.
Akhir sekali, konsep persaudaraan sangat penting dalam memastikan
kehidupan individu, masyarakat mahupun negara hidup dalam keadaan aman dan
harmoni. Biarpun berbeza fahaman,tpi janganlah kita bermusukan sesama sendiri
kerana perkara ini sungguh dibenci Allah.
No comments:
Post a Comment