Tentang Kami

Sunday, 9 October 2016

Konsep Kejiranan

Hubungan kejiranan adalah satu konsep yang sungguh penting untuk melahirkan masyarakat supaya negara sentiasa aman dan sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna.

Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan bersatu-padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu-membantu antara jiran.

Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna dan berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Kajian Salmi (2006) pula menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu untuk meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan social masyarakat. Hubungan juga mampu meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk.

Hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan yang baik boleh menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Masyarakat yang bersatu padu boleh membentuk perpaduan dalam suatu komuniti. Oleh itu, sikap toleransi serta kerjasama antara ahli masyarakat boleh menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan hidup penduduk dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.


Kesedaran seseorang individu untuk menjadi yang sejati dan insan yang berguna. Kejiranan yang harmoni akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini. Kerjasama yang dilakukan ketika melakukan aktiviti kenduri secara bersama telah memperlihatkan bagaimana hubungan kekeluargaan dan kejiranan begitu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

Konsep Persaudaraan

Hubungan persaudaraan merupakan satu konsep yang menyatukan umat manusia dalam sesebuah komuniti . Ia juga boleh dianggap sebagai perkara yang boleh menjamin kemakmuran hidup dalam sesebuah masyarakat, terutama sekali kehidupan di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa, budak dan kaum. Terdapat 3 konsep persaudaraan di dalam islam

Pertama, Ukhwah Islamiyah ( Saudara Sesama orang islam)


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ"
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat".

Dari keterangan maksud ayat di atas, dapat diterjemahkan bahawa setiap orang muslim yang beriman kepada Allah ada saudara. Oleh itu, semua umat islam di muka bumi sepatutnya tidak memusuhi sesama sendiri.

Kedua, Ukhwah Wathoniyah ( Saudara sesama negara )
 لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Dari ayat diatas, boleh kita fahami bahawa, sebagai umat yang beragama, kita juga mempunyai bangsa dan negara tertentu. Oleh itu, sudah pasti kita tidak akan terlepas bergaul dengan orang yang lain agamanya, lain bangsanya dan mempunyai pelbagai-bagai aneka ragam. Perkara ini boleh dilihat di Malaysia dimana terdiri dari bermacam-macam suku kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, kita mestilah hidup sebaik-baiknya walaupun berbeza agama.

Ketiga, Ukhwah Basyariyah ( Saudara sesama manusia )


Dari keterangan ayat diatas dapat diketahui bahawa Allah menciptakan manusia berbagai suku dan bangsa semua mengenali satu sama lain. Kita juga tidak digalakkan bermusuhan antara satu lain kerana ia dapat merosakkan kehidupan bermasyarakat.

Akhir sekali, konsep persaudaraan sangat penting dalam memastikan kehidupan individu, masyarakat mahupun negara hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Biarpun berbeza fahaman,tpi janganlah kita bermusukan sesama sendiri kerana perkara ini sungguh dibenci Allah. 

Konsep hubungan Antara Sesama Manusia.


Hubungan Manusia dengan Sesama ManusiaPrinsip dasar ajaran Islam tentang hubungan manusia dengan manusia adalah tolong-menolong dalam kebaikan dan bukan tolong-menolong dalam keburukan.

Terdapat beberapa isu dapat dikaitkan dengan Konsep ini:

1.   Konsep Persaudaraan
2.   Konsep Kejiranan
3.   Batas-batas Pergaulan
4.   Integrasi Budaya Dalam Perayaan 

Rotating X-Steel Pointer